Tuesday, April 5, 2011

::kanser servik...apa tu??::


assalammualaikum....


p/s: entry neh aku copy paste dri kosmo ok..

motif utama aku post entry neh adalah..jeng..jeng..jeng..!!!
hahhahaha...
bukan pe....mak cakap...dulu arwah nenek meninggal sebab kanser rahim...
so...aku juz nak tau meh pasal benda2 neh...
ne tau 1 ari nanti aku pon meninggal sebab penyakit neh...
yela...macam doktor pnah cakap...sume orang ada sel kanser 2...cuma semua bergantung pada nasib je...

Vaksin cegah kanser serviks

Di negara-negara membangun, hanya 41 peratus daripada wanita berpeluang mendapatkan rawatan seandainya mereka ingin terus hidup.



ANDA mungkin boleh menyediakan semangkuk mi segera dalam masa empat minit. Tetapi, sedarkah anda dalam tempoh sesingkat itu juga nyawa seseorang wanita di rantau Asia Pasifik akan melayang? Semuanya gara-gara bahana kanser pangkal rahim yang meragut sejumlah 143,000 nyawa setiap tahun.
Dalam konteks dunia, sekurang-kurangnya 270,000 kematian ekoran kanser serviks dilaporkan setahun dengan sekitar 80 peratus daripadanya berlaku di negara-negara membangun. Di negara-negara membangun, hanya 41 peratus daripada wanita berpeluang mendapatkan rawatan seandainya mereka ingin terus hidup.
Malah, realiti bahawa pakar-pakar perubatan juga tidak seratus-peratusnya pasti terhadap punca sesuatu penyakit, merupakan satu kenyataan yang lebih memeritkan.
Namun begitu, realiti yang menyedihkan ini bagaimanapun tidak bermakna kita terpaksa akur kepada takdir semata-mata. Tetapi, beberapa faktor risiko yang akan meletakkan wanita kepada bahana kanser serviks sepatutnya dijadikan panduan.
Kanser serviks yang menjejaskan bahagian bawah uterus telah dikenal pasti berpunca daripada beberapa jenis virus yang dikenali sebagai virus human papilloma (HPV).
Meskipun pada awalnya penyakit ini tidak menunjukkan sebarang simptom, petanda-petanda seperti pendarahan dari faraj dan kesakitan pada bahagian pelvik yang mulai dirasai bermakna anda tidak patut mengambil ringan lagi.
Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi Onkologi dari Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Datuk Dr. Abdul Aziz berkata, simptom konsisten seperti pendarahan yang berlaku selepas hubungan seks adalah petanda perkembangan kanser.
"Pendarahan selepas hubungan intim biasanya adalah petanda sesuatu jenis kanser sedang berkembang secara perlahan-lahan. Jadi, seseorang wanita perlu peka terhadap perubahan tubuhnya dan jika sedar akan salah satu simptomnya, dapatkan diagnosis doktor secepat mungkin," katanya dalam pelancaran vaksin kanser serviks terbaru, Cervarix di ibu negara baru-baru ini.
SIMPTOM seperti pendarahan yang berlaku selepas hubungan seks adalah petanda perkembangan kanser.


Menurutnya, kawasan serviks yang dijangkiti HPV dan tidak menjalani pemeriksaan sepatutnya boleh berkembang kepada peringkat prakanser. Peringkat prakanser yang tidak dirawat dalam tempoh 10 tahun akan membuka ruang kepada kehadiran kanser dalam tubuh.
"Jika seseorang wanita mendapat jangkitan HPV dan memberitahu doktor, risiko masalah kesihatannya daripada bertambah buruk mungkin boleh dikurangkan. Satu perkara penting yang perlu ditekankan ialah ramai wanita mengabaikan kepentingan ujian pap smear," katanya.
Ujian pap smear yang diperkenalkan pada tahun 1943, boleh mengesan perubahan sel atau membantu doktor mengesan sel-sel prakanser dalam serviks yang berpunca daripada HPV. Rawatan ke atas perubahan sel yang dikesan mampu mencegah berlakunya kanser serviks.
Malangnya, pengabaian ujian pap smear di kalangan wanita-wanita dikenalpasti sebagai antara penyumbang kepada penyakit kanser serviks. Mereka yang tidak memperoleh saringan kesihatan menerusi ujian pap smear adalah lima kali ganda tingginya risiko untuk mendapat kanser pangkal rahim.
Selain itu, pertukaran pasangan seksual secara kerap turut meningkatkan risiko mendapat kanser serviks. Wanita yang telah mendapat jangkitan HPV dan pada masa yang sama merupakan seorang perokok dinasihati membuang tabiat tersebut kerana terdedah kepada risiko kanser serviks yang tinggi.
Dianggarkan kira-kira 50 hingga 80 peratus wanita akan mendapat jangkitan HPV dalam kehidupan mereka. Sesetengah jenis HPV boleh menyebabkan perubahan pada sel dalam serviks.
Perubahan ini akan menjurus kepada pelbagai masalah seperti penyakit kelamin dan juga kanser. Malah, 50 peratus daripada sejumlah jangkitan tersebut berpotensi menjadi barah. HPV boleh berjangkit menerusi aktiviti seksual biarpun tidak semestinya melibatkan penembusan zakar dalam faraj.




Terdapat kira-kira 100 jenis HPV dan hanya 15 jenis daripadanya yang akan menyumbang kepada gejala kanser serviks. HPV 16 dan HPV 18 dikenalpasti sebagai dalang penyebab hampir 70 peratus daripada kesemua kanser di serata dunia.
Dr. Aziz berkata, salah faham terhadap pil pencegah kehamilan yang dikatakan menyumbang kepada gejala kanser serviks juga perlu dikikis.
"Hakikatnya, mereka yang mengambil pil pencegah kehamilan akan berasa diri dilindungi dan mungkin akan mengadakan hubungan seks dengan pelbagai pasangan sehingga meletakkan diri dalam risiko mendapat kanser," jelasnya lanjut.
Berdasarkan perangkaan daripada Pendaftaran Kanser Kebangsaan 2003, terdapat sebanyak 1,557 kes kanser serviks baru dilaporkan di Malaysia, setiap tahun. Malah, kadar kelaziman kanser serviks yang melibatkan kaum Cina di Malaysia mencatatkan peratusan tertinggi pada tahun 2002 iaitu 33.6 kes dalam setiap 100,000 populasi berbanding kaum Melayu dan India.
Tambahnya, ini kerana kebanyakan pesakit di negara ini tidak berdaftar dengan Pendaftaran Kanser Kebangsaan dan ini seterusnya menyukarkan data menyeluruh diperoleh.
Selain itu, stigma masyarakat yang terpaksa dihadapi oleh pesakit kanser serviks memeritkan lagi penderitaan wanita-wanita ini.
"Kanser serviks merupakan bebanan kesihatan, sosial dan psikologi yang besar. Ia tidak hanya melibatkan kos perubatan dan rawatan malahan impak kehilangan orang tersayang dalam kehidupan kita yang bergelar wanita. Misalnya ibu, isteri, kakak mahupun seorang sahabat," kata Dr. Aziz.
Meskipun begitu, pencegahan kanser serviks boleh dilakukan sama ada menerusi suntikan vaksin atau ujian pap smear secara berkala. Suntikan vaksin adalah senjata yang boleh membantu sistem imun mengenali dan memusnahkan virus sebelum bertapaknya sesuatu jangkitan
"Suntikan vaksin dianggap sebagai kaedah pencegahan utama manakala pap smear pula adalah tahap pencegahan sekunder. Jadi, ia adalah satu kombinasi pencegahan yang amat penting.



"Sebaik-baiknya, seseorang wanita perlu dapatkan suntikan vaksin sebelum melakukan sebarang hubungan seks. Bawa anak perempuan anda untuk mendapatkan suntikan tersebut seawal usia 12 tahun iaitu sebelum mereka dijangkiti virus itu," terangnya.
Perkembangan sains dan teknologi sejujurnya telah memberi harapan baru kepada manusia sejagat. Bagi golongan wanita pula, kehadiran vaksin sesungguhnya akan memanfaatkan mereka daripada jangkitan HPV yang seterusnya membawa kepada risiko kanser serviks.
Vaksin kanser serviks yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan baru-baru ini adalah yang pertama seumpamanya untuk wanita sehingga usia 45 tahun.
Penambahan sejenis bahan, adjuvan AS04 dalam vaksin semasa proses pemprosesan akan meningkatkan tindak balas imun tubuh terhadap vaksin tersebut.
Tambah Dr. Aziz, hanya tiga dos vaksin diperlukan dalam tempoh enam bulan bagi menghindarkan diri daripada risiko kanser serviks.

No comments:

Post a Comment