Tetiba malam neh aku terfikir nak share entri neh ngan korang sume....
bukan ape..tadi saje2 le aku neh berjalan-jalan ke blog orang len..
so aku tertarik nak wat topik neh jadi next entry..hehheehe
so para-para sakura..eh..para pompuan-pompuan hot..xhot..gedix..and xgedix sekalian..jom kita kenal our man!!
LELAKI BERSEMANGAT!!!
Bagaimana mengenali mereka:
Personaliti  diri mereka dikenali menerusi penampilan fizikal mereka. Selalunya  mereka yang punya semangat tinggi dalam hidup akan sering kelihatan  kepenatan. Mungkin selepas makan atau merokok. Dia juga seorang yang  lebih suka memendam rahsianya seorang diri dan dari segi kewangan,  tidaklah begitu berwang sangat. Satu lagi sikapnya, sering marah dengan  ahli keluarga yang lain. Mungkin sebab kekurangan rehat akibat penat  bekerja dan melakukan segalanya dengan begitu bersungguh-sungguh.
Maknanya:
Biarpun  mereka ini sering keletihan tapi sebenarnya mereka ini seorang yang  sangat bersemangat dalam hidup dan sanggup bekerja keras demi  kepentingan keluarga. Kamu boleh bergantung hidup padanya. Cuma  sekiranya kamu tak dapat menyesuaikan diri dengan sikap mereka yang  keterlaluan dalam kerjaya, boleh membuatkan hubungan itu tidak berjaya  seperti yang sepatutnbya! Sebaliknya kamu mungkin boleh menjadi  pendorongnya dalam kerjayanya itu.
LELAKI TAKOT KOMITMEN!!!
Bagaimana mengenali mereka:
Dia  sememangnya seorang lelaki yang sangat pandai bergaya dan sentiasa  berpakaian kemas. Tiap apa yang dipakainya cukup sesuai dengan majlis  dan suasana. Pendek kata, mereka memang trendy dari segi pemakaian dan  imej diri. Selain itu, telefonnya juga asyik berdering dan pemanggilnya  susah tentu terdiri daripada gadis-gadis. Mengalahkan VIP pulak tu!
Maknanya:
Sekiranya  dia mempamerkan antara sikap begitu, dia dikatakan seorang yang tak  boleh dipercayai sangat apa yang diucapkan pada kamu. Mungkin hari ini  dia melafazkan kata suka padamu tapi beberapa minggu kemudian, dia  seolah-olah tak mengenali kamu selama ini! Dalam erti kata yang  sebenarnya, dia masih belum bersedia untuk menjalinkan komitmen dengan  mana-mana gadis buat masa itu.
LELAKI ANTI PEREMPUAN
Bagaimana mengenali mereka:
Perhatikan  corak mereka berbelanja, memang boros. Mereka juga kadangkala gemar  mengumpul sesuatu benda sebagai koleksi. Mereka juga tidak sukakan  kanak-kanak dan tak begitu rapat dengan keluarga sendiri.
Maknanya:
Sebenarnya  mereka ini bukanlah anti perempuan sangat tapi jenis lelaki yang lebih  suka mempergunakan wanita untuk kepentingan mereka. Sebelum memiliki  seseorang wanita, mereka sanggup melakukan apa saja sekalipun tapi bila  dah dapat, semuanya tak kena! Tapi sikap ini akan berubah bila di satu  ketika dia akan mendapati dirinya terpikat dengan seorang wanita tapi  sudah pastinya perempuan itu seorang yang menurut kehendaknya!
LELAKI PLAYBOY!!
Bagaimana mengenali mereka:
Selalunya  mereka ini seorang yang berpenampilan menarik dan uP to date. Biarpun  kadangkala mereka itu taklah begitu kacak dari segi paras rupa, tapi  penampilan mereka buat mereka cukup menawan. Kalau bercakap, memang  romantis sekali. Kiranya pandai ayatlah ni! Mereka selalunya memiliki  kereta berjenama terkenal dan tinggal di kawasan mewah. Jarang sekali  mereka bercakap tentang keluarga mereka.
Maknanya:
Mungkin  mereka ini belum terfikir untuk kehidupan berkeluarga. Hanya  mementingkan keseronokan hidup saja dan mustahil jika mereka inginkan  sesuatu yang teramat berharga daripada perempuan! Mungkin kerana  penampilan diri mereka yang menarik hati, membuatkan mereka sering  menjadi perhatian. Jadi, berhati-hatilah! Ada yang berjaya mengikis  sikap itu bila usia makin menginjak dewasa tapi usah terperanjat kerana  ada yang masih kekal dengan perangai playboy itu biarpun usia dah  veteren!
LELAKI TRADISI
Bagaimana mengenali mereka:
Corak  pemakaian mereka selalunya sederhana sahaja, taklah terlalu kuno atau  up to date sangat. Tapi mereka agak suka memerintah orang lain menuruti  kehendak mereka. Selain itu, dia sangat bijak mengatur soal kewangannya  dan sukakan perempuan yang mampu membuatkan jiwanya tenang.
Maknanya:
Bermakna  dia ini mampu menjadi suami yang baik nanti. Bagi dirinya, keluarga  adalah segala-gala dalam hidupnya. Mereka impikan sebuah keluarga yang  bahagia dan itu juga bermakna dia tak takutkan komitmen.
LELAKI KORPORAT
Bagaimana mengenali mereka:
Selalunya  mereka ini agak pendiam dan suka berfikir secara logik dan rasional.  Bagi dirinya kerjaya adalah perkara yang paling penting dalam hidup. Dia  juga pentingkan kesempurnaan termasuk dalam memilih pasangan hidup.  Jika ditanya, mungkin mereka akan mengatakan bahawa mereka tak merancang  untuk membina keluarga dalam masa terdekat itu.
Maknanya:
Ternyata  mereka ini lebih pentingkan kerjaya dan kejayaan dalam hidup. Sebab  itulah dia akan memilih wanita yang pandai berdikari sebagai pasangan.  Biarpun romantis tapi kamu tetap akan menjadi kedua dalam hidup selepas  kerjaya.

No comments:
Post a Comment